Pelancong Cedera Leher Ditusuk Ikan Jarum Semasa Berenang

Seorang pelancong di sebuah pantai popular dekat Thailand mengalami kecederaan pada leher selepas ditusuk oleh seekor ikan jarum semasa sedang berenang baru-baru ini.

pelancong cedera leher ditusuk ikan jarum semasa berenang

Mangsa ditusuk ikan jarum pada bahagian leher di Pantai Ao Tan Khi, wilayah Trat di timur Thailand, sebelum dibawa ke hospital berdekatan sekitar jam 2 petang waktu tempatan.

.

Ketika kejadian, petugas-petugas penyelamat pantas memberi pertolongan cemas kepada lelaki itu, namun berhati-hati untuk tidak mencabut ikan jarum berkenaan daripada leher mangsa.

.

Susulan insiden yang berlaku, pegawai tempatan memberi amaran kepada pengunjung khasnya mereka yang berenang di pantai akan kehadiran ikan jarum ini.

.

Ikan jarum yang menyerupai ikan todak boleh ditemui di perairan cetek. Badannya memanjang dengan rahang runcing, mampu berenang selaju 60km sejam. Ia mempunyai tabiat gemar melompat dari permukaan air.

pelancong cedera leher ditusuk ikan jarum semasa berenang

Biasanya ikan jarum ini jarang menyerang manusia, namun serangannya boleh membawa maut.

.

Terdahulu, seorang anggota marin Thailand telah mati ditusuk ikan jarum pada lehernya semasa menjalani latihan tentera di wilayah Trat pada 2018.

pelancong cedera leher ditusuk ikan jarum semasa berenang

Kejadian sama berlaku pada 2020 di Indonesia selepas seorang budak lelaki berusia 16 tahun nyaris diserang ikan jarum semasa keluar memancing bersama rakannya.

.

Sumber: [1]