CDC Sokong Pfizer Diberi Pada Kanak-Kanak Berusia 5 Hingga 11 Tahun

Penasihat Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat sebulat suara menyokong penggunaan meluas vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech dalam kalangan kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.

cdc sokong pfizer diberi pada kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun

Jelas mereka, faedah vaksin melebihi kemungkinan risiko.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat bagaimanapun hanya membenarkan dos 10 mikrogram vaksin Pfizer kepada kanak-kanak kecil, berbeza dengan dos asal yang diberikan kepada mereka yang berusia 12 tahun ke atas iaitu sebanyak 30 mikrogram.

Terdahulu, Pengarah CDC, Rochelle Walensky mengatakan kemasukan ke hospital kanak-kanak meningkat susulan gelombang yang terjadi baru-baru ini akibat varian Delta.

Awal minggu ini, White House menjelaskan Amerika Syarikat mempunyai bekalan vaksin Pfizer-BioNTech yang mencukupi untuk semua 28 juta kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.

Setakat ini, hanya beberapa negara di serata dunia seperti China, Cuba, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Indonesia yang membenarkan penggunaan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak yang jatuh dalam kumpulan umur tersebut atau lebih muda.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN