CDC Amerika Syarikat Kini Pantau Lebih 200 Kes Jangkitan Cacar Monyet

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) kini sedang melakukan pemantauan keatas lebih 200 individu di 27 buah negeri yang berkemungkinan terdedah dengan cacar monyet (monkeypox).

belum reda covid-19, uk lapor kes jangkitan cacar monyet pula

Kesemua pesakit itu mungkin dijangkiti selepas menjadi kontak kepada seorang penduduk Texas yang dijangkiti virus itu selepas pulang dari Nigeria awal bulan ini.

 

Bagaimanapun setakat ini, tiada tambahan kes cacar monyet yang dilaporkan namun pegawai kesihatan negeri dan tempatan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memantau individu kontak rapat sehingga 30 Julai depan.

 

Kesemua pesakit dilaporkan telah melakukan perjalanan menggunakan pesawat dari Lagos ke Dallas dan singgah di Atlanta pada 8 dan 9 Julai lalu kemudiannya pesakit itu disahkan dijangkiti virus tersebut yang berjangkit melalui titisan pernafasan dan cecair badan.

cdc amerika syarikat kini pantau lebih 200 kes jangkitan cacar monyet

Petugas penerbangan dan ahli keluarga mereka turut dipantau kerana kemungkinan terdedah dengan virus tersebut yang mempunyai tempoh inkubasi antara tiga hingga 17 hari.

 

“Jumlah jangkitan ini ramai dan kami mahu memantau semua kontak rapat dengan teliti,” kata ahli epidemiologi Pusat Nasional untuk Penyakit Zoonotik dan Penyakit Berjangkit, Andrea McCollum.

 

Cacar monyet biasanya terjadi di Afrika dengan gejala-gejala seperti demam, keletihan, sakit kepala serta ruam makulopapular bermula di muka kemudian menyebar ke tapak tangan dan tapak kaki, diikuti bahagian tubuh yang lain. Ia kini dilaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga sedang menular di United Kingdom dan Ireland.

belum reda covid-19, uk lapor kes jangkitan cacar monyet pula

Jangkitan itu akan pulih dengan sendirinya antara 14 hingga 21 hari dengan hanya beberapa kematian dicatatkan di Afrika Barat.

 

Sumber: Kosmo! / WHO