Susulan catatan kes baru sebanyak 156, bandar Xi’an, China menjalankan ujian saringan COVID-19 secara besar-besaran bagi menghentikan penularan wabak tersebut.
![catat lebih 150 kes covid-19, bandar xi'an buat ujian saringan besar-besaran](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/untitled-design-9_143.png)
Ia selepas bandar tersebut mencatatkan angka jangkitan melebihi 150 kes untuk lima hari berturut-turut.
Sejak lonjakan semula kes positf, bandar Xi’an mula mengenakan perintah berkurung dengan bantuan makanan dan barangan asas disalurkan menerusi penduduk oleh sukarelawan.
Jumlah itu mungkin dianggap masih rendah berbanding negara-negara lain yang menyaksikan lonjakan kes secara mendadak.
China bagaimanapun kekal menguatkuasakan dasar sifar toleransinya terhadap COVID-19 lagi-lagi dalam keadaan yang mana negara terbabit hanya berbaki beberapa minggu sebelum ia menganjurkan temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing.
Sumber: [1]