Catat Dua Kluster Aktif, Labuan Kini Bertukar Jadi Zon Merah

Berikutan kes COVID-19 yang dicatatkan melebihi 100 dengan dua kluster aktif, Labuan menukar statusnya dari pulau bebas cukai kepada zon merah.

catat dua kluster aktif, labuan kini bertukar jadi zon merah

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari, dua kluster aktif merupakan Kluster Jalan Jati melibatkan sebuah bistro dan Kluster Bukit Kuda yang membabitkan sekumpulan komuniti tempatan.

“Kluster tersebut muncul pada 21 November dan kluster ini menular dengan pantas dan menyebabkan lebih banyak jangkitan,” katanya.

Lanjut Dr Ismuni, kanak-kanak berumur satu hingga sembilan tahun merupakan antara individu yang turut dijangkiti daripada kluster tersebut.

“Sekurang-kurangnya 18 kes telah disahkan menerusi ujian reaksi berantai polimerase (PCR) dalam kluster tersebut, kita telah menganalisis kadar jangkitan kluster ini yang didapati tinggi,” jelasnya.

Semenetara itu, Kluster Bukit Kuda pula difahamkan dikesan pada 19 November selepas satu keluarga mengadakan majlis pertunangan.

“Kluster berkenaan masih aktif dengan pertambahan bilangan kes positif.”

Dua pesakit daripada kluster tersebut yang mana salah seorang daripadanya ialah kanak-kanak berada dalam kategori empat dan lima.

Mereka kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Labuan sedang berhadapan dengan turun naik kes positif yang kebanyakan disumbangkan oleh pengembara dan aktiviti perhimpunan sosial,” katanya.

 

Sumber: [1]