Catat 91 Kes COVID-19, Bandar Di China Dengan Populasi 13 Juta Penduduk Ini Laksana 'Lockdown'

Selepas merekodkan 91 kes tempatan, sebuah bandar di China yang dikenali sebagai Xi’an mengenakan sekatan pergerakan ke atas 13 juta penduduknya.

catat 91 kes covid-19, bandar di china dengan populasi 13 juta penduduk ini laksana 'lockdown'

China kini berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk memerangi penularan tempatan di beberapa bandar walaupun Beijing bersedia menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 pada Februari depan.

Khamis lalu, Xi’an melaporkan 91 kes tempatan baru sekaligus menjadikan angka keseluruhan sebanyak 239 kes sejak 9 Disember lalu.

Sehubungan dengan sekatan pergerakan yang dijalankan, hanya seorang isi rumah yang dibenarkan keluar setiap dua hari untuk membeli barang keperluan selain lebih 85 peratus penerbangan menuju dari lapangan terbang utama bandar terbabit dihentikan.

Perintah tersebut dikuatkuasakan sehari selepas bandar itu mula menjalankan saringan ke atas 13 juta penduduknya.

 

Sumber: [1]