Pernahkah anda berhadapan dengan situasi bilamana anda terpaksa ‘mengemis’ hutang pada rakan anda, namun mereka cukup liat untuk membayar semula?
Dalam masa sama, rakan anda itu punya wang untuk travel, membeli-belah, dan hidup cukup mewah namun bila soal hutang tiba-tiba sahaja dia tidak punya wang.
.
Jika anda berdepan dengan situasi diatas dan jumlahnya juga tidak lebih dari RM5,000, anda mempunyai cara untuk menuntut hutang tersebut tanpa menggunakan khidmat peguam.
.
Caranya seperti berikut:
1. Pergi mahkamah majistret paling terdekat. Kemudian minta Borang 198.
2. Lengkapkan borang itu. Bayar pemfailan sebanyak RM20 sahaja.
3. Mahkamah akan cop meterai di Borang 198 itu dan bagi tarikh pendengaran.
4. Apabila sudah cop, kemudian bagi borang itu kepada orang yang hendak kita tuntut hutang. Boleh bagi secara bersemuka atau melalui pos berdaftar.
5. Kalau berjaya, mahkamah akan minta orang berhutang itu membayar dalam satu tempoh masa. Selalunya 14 hari.
6. Kalau si berhutang masih tidak mahu membayar, boleh pergi ke mahkamah dan isi Borang 208 pula.
7. Hukuman lebih berat boleh dikenakan, harta boleh disita, bayar secara ansuran atau orang berhutang boleh masuk penjara. Bergantung kepada hakim.
8. Jika orang berhutang tak datang ke mahkamah, waran tangkap boleh dikeluarkan.
.
Selamat mencuba!
.
Sumber: [1]