Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini telah menetapkan 12 Ogos sebagai hari pengundian bagi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
![tak tahu undi dekat mana prn 2023? ini cara semak pusat mengundi](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/1828661.jpg)
Bagi warganegara Malaysia, berusia 21 tahun ke atas, bermastautin di kawasan pilihan raya yang didaftarkan serta tidak dihalang oleh undang-undang pihak berkuasa, mereka layak untuk membuang kertas undi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.
Cara membuat semakan daftar pemilih
Anda boleh membuat semakan daftar pengundi melalui laman web rasmi SPR dengan langkah berikut:
1. Layari laman web SPR di https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan
2. Klik pada “Semakan Daftar Pengundi”
3. Masukan Nombor Kad Pengenalan
![tak tahu undi dekat mana prn 2023? ini cara semak pusat mengundi](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-08-07-at-9-31-03-am.png)
4. Masukkan Captcha seperti yang tertera
5. Klik pada butang Semak
6. Hasil carian akan dipaparkan
Selain itu, anda juga boleh membuat semakan melalui Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my; atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018. Info lanjut layari www.spr.gov.my
![tak tahu undi dekat mana prn 2023? ini cara semak pusat mengundi](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-08-07-at-9-29-32-am.png)
Sumber: SPR