TikTok Anda Naik Video ‘Pelik’? Ini Cara Reset Semula Algoritma Akaun Anda

Aplikasi sosial perkongsian yang popular di dunia ketika ini iaitu TikTok, digunakan untuk pengguna berkongsi apa sahaja video pendek seperti video tarian, lip-sync, komedi, video bakat serta video ilmu dan perkongsian khusus.

tiktok anda naik video ‘pelik’? ini cara reset semula algoritma akaun anda

Setiap video yang dicadangkan kepada anda di Tiktok adalah berdasarkan algoritma menurut kepada carian anda serta video terdahulu yang pernah anda lihat atau suka.

 

Namun jika anda mendapati akaun Tiktok anda mula menunjukkan video-video yang anda kurang gemar, Tiktok kini mempunyai fungsi yang membolehkan anda menyegar semula algoritma akaun anda.

tiktok anda naik video ‘pelik’? ini cara reset semula algoritma akaun anda

Menurut Tiktok dalam satu kenyataan, fungsi ini membenarkan anda menyegar semula ruangan ‘For You’, sama seperti mula-mula anda membuat akaun Tiktok dahulu.

tiktok anda naik video ‘pelik’? ini cara reset semula algoritma akaun anda

Dalam perkembangan lain, Tiktok turut mengemaskini kandungan yang akan dihidangkan kepada pengguna, termasuklah mengelakkan kandungan berulang. Misalnya, pengguna tidak akan dicadangkan dua video dari pencipta kandungan yang sama atau dua video daripada audio yang serupa. Cara ini membolehkan pengguna untuk tidak melihat kandungan yang sama pada susur masa Tiktok masing-masing.

 

Sumber: Social Media Today / Tiktok