Acara trek berbasikal telah wujud sejak sekurang-kurangnya tahun 1870. Pada awalnya, trek dalaman kayu dibina, menyerupai velodrom hari ini. Selain pada tahun 1912, disiplin acara ini telah ditampilkan di setiap Sukan Olimpik sejak Sukan moden pertama.
Umumnya terdapat enam format acara bagi program berbasikal, salah satunya adalah berbasikal sprint (pecut).
Berbasikal sprint mungkin antara yang paling taktikal dari enam acara berbasikal, dan secara bahasa mudahnya, setiap pelumba menunjukkan kelajuan masing-masing dengan memecut di trek.
Bagi acara kelayakan (qualifying), ia akan dimulakan pada kelajuan tinggi dengan dua setengah pusingan dan masa pecutan diambil pada 200m yang terakhir, yang akan ditentukan menerusi satu garisan putih diatas trek.
Hanya 24 penunggang basikal teratas dari peringkat kelayakan kemudian bertanding dalam lumba pecut. Lumba pecut adalah pertarungan yang sangat taktikal di mana pelumba mula berdampingan dan berlumba di atas tiga pusingan trek.
Sebilangan besar perlumbaan adalah untuk cuba menggerakkan pelumba lain ke posisi sukar diatas trek, sebelum pecutan yang luar biasa dibuat untuk 200m yang terakhir.
Pada pertandingan di Sukan Olimpik, 12 pemenang pusingan pertama (1/32 Finals) terus ke pusingan dua, dan 12 yang tewas akan ke repechages, iaitu empat perlawanan (Heat), dengan setiap heat tiga pelumba, dan 4 pemenang untuk setiap heat juga akan ke pusingan kedua (1/16 Finals).
Pusingan kedua (1/16 Finals) melibatkan 16 penunggang basikal dalam lapan pusingan, dengan lapan pemenang mara ke pusingan seterusnya dan yang kalah masuk ke pusingan kedua iaitu 1/16 Repechages (empat pemenang mara ke pusingan seterusnya).
Sebanyak 12 pelumba yang tinggal akan bertanding dalam enam pusingan pada pusingan ketiga (1/8 Finals), dengan enam pelumba yang kalah akan berlawan dalam dua saingan repechage sebelum pemenang setiap repechage mara ke pusingan berikutnya.
Dari sinilah bermulanya dua-dari-tiga-pertandingan terbaik untuk setiap pertandingan, dan acara itu kini menjadi pusingan kalah mati hinggalah kepada penentuan pingat.
Jika masih keliru dengan terma heat, repechage, anda boleh tonton video dibawah ini:
Dua atlet dari Malaysia iaitu Datuk Azizul Hasni Awang dan juga Shah Firdaus bakal bertanding dalam acara ini. Ayuh berikan sokongan kepada mereka dengan hashtag #SokongMalaysia dan sama-sama saksikan aksi team Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020!
Sumber: [1], [2]