Cuaca sekarang ni tak menentu kan? Walaupun hari hujan, tapi kadang-kadang tetap rasa panas
Sudah menjadi lumrah masyarakat kita, mesti pasang aircond setiap kali rasa panas. Pastinya semua orang mesti memiliki aircond di rumah. Ini adalah beberapa tips untuk meningkatkan kecekapan penyaman udara dan juga membantu menjimatkan perbelanjaan bill elektrik.
- Kapasiti penyaman udara
Penyaman udara yang berkapasiti 1.0HP sehingga 2.0HP sudah mencukupi. Faktor lain yang perlu diambil kira adalah seperti ketinggian siling, bilangan penghuni, cahaya matahari dan saiz bilik.
- Servis penyaman udara
Penapis yang kotor akan melambatkan aliran udara dan menjadikan unit anda untuk bekerja lebih keras dan mengunakan banyak tenaga sehingga bill eketrik melambung. Sebaiknya servis penyaman udara sekali setahun.
- Penggunaan kipas
Menggunakan kipas siling bersama penyaman udara boleh membantu meningkatkan suhu sejuk di ruangan anda. Gunakan penyaman udara dengan masa yang singkat dan off’. Keadaan tidak lembab kerana penggunaan kipas yang mengawal peralihan udara.
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: acson