Cara Negara Lain Sambut Hari Raya, Berbeza Dan Unik

cara negara lain sambut hari raya, berbeza dan unik

Memandangkan waktu raya hari tu ramai yang tak dapat balik kampong, nampaknya ramai yang ambil kesempatan PKPP ni untuk pulang ke kampung. Biarpun bulan Syawal dah sampai ke penghujung, tapi mood raya tu masih ada.

Jadi, hari ni nak share dengan korang semua tentang perbezaan negara lain sambut hari raya:

 

Tunisa

Mereka mendapat cuti dua hari untuk menyambut perayaan Aidilfitri dan selain solat sunat Aidilfitri di Masjid, sepanjang siang akan terdapat tarian dan muzik untuk hiburan mereka. Pemberian hadiah turut menjadi tradisi semasa Hari Raya.

Arab Saudi

Arab Saudi mengadakan pertunjukan seni seperti persembahan teater, perarakan muzik, tarian dan lain lain. Terdapat juga tradisi kaum lelaki yang akan membeli sejumlah beras untuk diletakkan di hadapan pintu rumah yang kurang bernasib baik. Pada waktu malam pula ada pertunjukan bunga api yang besar.

Turki

Penduduk Turki menyebut Hari Raya Aidilfitri sebgaai ‘Bayram’ di mana pada hari itu, mereka akan memakai pakaian khas yang dinamakan Bayramlik. Bila mereka berjumpa mereka akan mengucapkan salam ‘Bayraminiz Kutlu Olsun yang bermaksud selamat merayakan Hari Raya Bayram.

Nigeria

Majoriti penduduk Nigeria adalah beragama Islam dan Kristian, namun mereka saling bersatu pabila menjelang Hari Raya dikenali dengan nama ‘Sallah Kecil’ dan pada hari tersebut mereka akan mengucapkan salam Barka Da Sallah’ yang bermaksud Salam Sejahtera di Hari Raya.

 

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: Kashoorga