Cara Nak Rangupkan Kembali Kerepek & Biskut Raya Yang Lemau

Hari raya ini tidak lengkap rasanya jika tidak dihidangkan bersama kuih raya.

cara nak rangupkan kembali kerepek & biskut raya yang lemau

Ada banyak jenis kuih raya yang sering dihidangkan kepada tetamu, sama ada ia dalam bentuk kuih, kerepek, keropok atau snek. Yang penting, semuanya sedap!

.

Tetapi sampai masa kuih raya yang dihidangkan diatas meja itu mulai menjadi lemau dan masuk angin. Lebih mengharukan, akhirnya ia dibuang begitu sahaja kerana sudah tidak enak untuk di makan lagi.

cara nak rangupkan kembali kerepek & biskut raya yang lemau

Sekiranya kuih raya anda masih dalam keadaan elok, tidak berbau dan hanya masuk angin/lemau, apa kata anda cuba kaedah dibawah ini?

.

1. Panaskan semula kuih raya itu dalam oven selama 3 hingga 5 minit pada suhu 180 darjah Celsius.

2. Jika tidak mempunyai oven, boleh juga gunakan microwave dan alaskan tisu terlebih dahulu pada pinggan atau tray. Set pada suhu medium/high selama 40 saat.

3. Masukkan dalam rice cooker. Pastikan periuk itu kering terlebih dahulu dan masukkan kuih atau kudapan kedalam periuk tersebut. Tekan ‘warm’ dan biarkan selama 1 jam. Jika masih lemau, boleh panjangkan masa lagi hingga betul-betul rangup ya?

4. Lebih mudah, gunakan sahaja air fryer selama 2-3 minit pada suhu 180 hingga 200 darjah Celsius. Cara ini juga sesuai untuk merangupkan kembali popcorn yang sudah lemau.

5. Akhir sekali, gunakan kuali diatas dapur. Kuali jenis non-stick atau pemanggang ajaib pada api paling rendah selama 5 hingga 10 minit.

.

Perlu diingatkan, cara-cara diatas adalah untuk merangupkan semula kuih raya yang sudah lemau. Rasanya juga mungkin tidak sama jika dipanaskan berulang kali. Jika sudah expired, jangan pula dimakan lagi.

.

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN