Ini Cara Nak Pujuk Kucing Yang Merajuk Sebab Cemburu

Bukan sahaja manusia, haiwan peliharaan seperti kucing juga mempunyai perasaan mereka tersendiri. Antaranya adalah cemburu.

ini cara nak pujuk kucing yang merajuk sebab cemburu

Pemilik kucing perlu tahu bahawa haiwan peliharaan mereka itu juga memiliki sifat iri hati ataupun cemburu terhadap perkara yang menggores hati mereka.

 

Biasanya kucing cenderung untuk aktif dan agresif dalam mendapatkan apa yang diinginkan, termasuklah makanan mahupun kasih sayang.

ini cara nak pujuk kucing yang merajuk sebab cemburu

Terdapat beberapa perkara atau sebab yang boleh membuatkan kucing anda menjadi cemburu, misalnya kehadiran ahli keluarga baharu, kucing lain dalam rumah, kurang kasih sayang terhadapnya, ditinggalkan dalam tempoh masa tertentu, dan juga perubahan jadual makan.

 

Kucing yang sedang cemburu biasanya mendesis, mengerang dan mencakar objek disekeliling mereka. Malah, mereka juga cenderung untuk membuang air diluar bekas yang disediakan sebagai tanda protes.

 

Bagi memujuk kembali kucing yang sedang merajuk dan cemburu, pertama sekali kita perlu kenal pasti apakah sebab yang membuatkannya menjadi sebegitu.

ini cara nak pujuk kucing yang merajuk sebab cemburu

Seterusnya, berikan ruang privasi mereka sendiri, terutamanya ruang tidur dan ruang bermain. Jika privasi mereka dicerobohi tanpa sengaja, berikan kucing mainan baharu serta snek lazat sebagai hadiah untuk memujuk.

 

Sumber: [1]