Umum tahu, permohonan untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada golongan B40 dan M40 kini sudahpun dibuka sejak 1 April 2020.
Buat anda yang tak tahu macam mana nak check status, jangan panik!
Di sini kami kongsikan cara-cara menyemak status kelayakan untuk Dana Bantuan Prihatin National secara dalam talian:
Langkah 1: Layari https://bpn.hasil.gov.my
Langkah 2: Masukan nombor MyKad, isi captcha dan kemudian tekan butang 'semak'.

Langkah 3: Sistem ini akan memaparkan keputusan permohonan iaitu Lulus, Tidak Lulus dan Tiada Rekod.
LULUS
Langkah 4: Jika keputusan permohonan anda adalah lulus, anda boleh klik pada butang paparan maklumat.

Langkah 5: Klik Masuk untuk log masuk ke akaun. Jika anda tidak mempunyai akaun, anda perlu mendaftar untuk akaun BSH / BPN.
Langkah 6: Ikuti arahan untuk log masuk ke akaun BSH / BPN anda.
Langkah 7: Sistem ini akan memaparkan jumlah wang yang anda layak perolehi serta nama dan akaun bank untuk wang masuk.
TIDAK LULUS
Langkah 4: Jika keputusan permohonan anda adalah TIDAK LULUS, maka anda boleh klik pada bahagian 'Alasan'.
Langkah 5: Lengkap borang permohonan rayuan dan failkan rayuan selepas 10 April.

TIADA REKOD
Langkah 4: Jika keputusan permohonan anda TIADA REKOD, anda boleh klik 'Permohonan Baru' dan serahkan semula permohonan tersebut.

Langkah 5: Anda perlu mengisi nama, nombor MyKad, jantina, alamat, kod pos, bandar, negeri, alamat e-mel, nombor telefon, pekerjaan, pendapatan, nama bank, nombor akaun bank.

Langkah 6: Masukkan kod pengesahan dan pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat, kemudian klik 'Hantar'.
Langkah 7: Setelah melengkapkan permohonan, anda boleh memilih untuk mendaftarkan akaun BSH / BPN, supaya anda dapat menyemak hasil permohonan di kemudian hari.
Pengumuman Tarikh Tutup

Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa semakan BPN boleh dibuat pada bila-bila masa sehingga 30 April 2020.