Cara Mudah Jaga Kesihatan, Minum Jus Buah-Buahan

cara mudah jaga kesihatan, minum jus buah-buahan

Untuk kekal sihat bukannya susah, kalau malas sangat nak bersenam, jaga la pemakanan tu dan makan apa yang perlu. Badan kita perlukan khasiat yang secukupnya setiap hari. Sesiapa yang tak suka makan buah disarankan untuk minum jus buah-buahan. Ia dapat membantu kita mendapatkan khasiat yang diperlukan oleh badan untuk tampil sihat.

Tubuh yang sihat akan menyerlahkan lagi kecantikan luaran. Jika seseorang itu tidak sihat, secara tak langsung akan terlihat dari segi fizikalnya kurang bermaya, kelihatan pucat dan tak berseri. Jadi sangat penting untuk menjaga kesihatan tau.

Pengambilan jus buah buahan sangat bagus untuk diamalkan setiap hari selain khasiat yang terkandung di dalamnya membantu mengeluarkan toksin yang tak diperlukan dalam badan. Pelbagai buah buahan dan sayur sayuran dapat dijadikan jus detoks. Gabungan yang baik akan menjadikan jus itu lebih berkhasiat.

Contohnya jus epal hijau dan bayam. Caranya mudah je, kisarkan sehingga lumat bayam, epal hijau, dan campurkan air secukupnya. Seeloknya minum terus dan tak perlu ditapis. Selamat mencuba!

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: kebaikanJusbuahbuahan