ChatGPT merupakan platform kecerdasan buatan (AI) yang menjadi tempat pertanyaan ramai.
![pelajar guna chatgpt untuk tipu assignment? aplikasi ai ini undang kerisauan](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-01-26-at-9-19-05-am.png)
Selain berupaya memberikan jawapan dengan tepat dan pantas, ChatGPT juga dikatakan mampu membantu kita menjana pendapatan sampingan.
Menerusi Tiktok @coachwenghonn, beliau berkongsi cara mudah menjaga pendapatan sehingga RM100 sehari dengan platform ChatGPT. Apa yang perlu ada adalah komputer/laptop, internet dan ChatGPT yang boleh dilayari secara percuma.
Berikut adalah langkah demi langkah bagi menjana pendapatan dengan bantuan ChatGPT:
1. Layari portal digistore dan klik pada menu Marketplace.
![tak perlu keluar modal, lelaki ini ajar buat duit guna chatgpt](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/vocket-buat-duit-chatgpt-2.jpg)
2. Kemudian pilih pada mana-mana segmen produk yang anda minat untuk menjual. Misalnya, @coachwenghonn memilik keto meal sebagai pilihan produk jualannya.
![tak perlu keluar modal, lelaki ini ajar buat duit guna chatgpt](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/vocket-buat-duit-chatgpt-1i.jpg)
3. Seterusnya, layari laman web ChatGPT dan masukkan kata kunci berkenaan tips atau maklumat berkaitan produk dalam bentuk artikel. ChatGPT akan menulis segalanya untuk anda.
![tak perlu keluar modal, lelaki ini ajar buat duit guna chatgpt](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/vocket-buat-duit-chatgpt-3.jpg)
4. Copy keseluruhan teks dan buka portal Google Sites. Disini, cipta laman web baharu yang boleh diakses secara percuma.
![tak perlu keluar modal, lelaki ini ajar buat duit guna chatgpt](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/chatgpt.jpg)
5. Klik pada menu Textbox dan paste artikel daripada ChatGPT tadi.
![tak perlu keluar modal, lelaki ini ajar buat duit guna chatgpt](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/vocket-buat-duit-chatgpt-56.jpg)
6. Selepas itu, masukkan pautan affiliate berkaitan produk yang anda boleh dapati daripada Shopee, Lazada, Amazon dan lain-lain. Dari sini, anda boleh mendapat komisyen daripada setiap jualan produk yang berjaya diklik pengguna atau pembaca artikel anda.
![tak perlu keluar modal, lelaki ini ajar buat duit guna chatgpt](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/vocket-buat-duit-chatgpt-8.jpg)
7. Klik Publish dan artikel anda akan diterbitkan pada laman carian Google. Lakukan proses ini setiap hari.
![tak perlu keluar modal, lelaki ini ajar buat duit guna chatgpt](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/vocket-buat-duit-chatgpt-8i.jpg)
Meskipun nampak mudah, cara ini memerlukan konsistensasi dan perlu bersabar. Anda juga perlu menyebarkan pautan laman web yang anda bina tadi supaya lebih ramai boleh membacanya menerusi laman sosial.