Ada kalanya ketika kita mengambil gambar, terdapat objek atau halangan yang tidak kita gemar dan ingin kita buang.
Kebiasaanya proses suntingan gambar bagi membuang objek, orang atau halangan mengambil masa yang agak lama dan memerlukan software tertentu seperti Photoshop, Canva dan lain-lain.
Kini salah satu perkhidmatan yang memudahkan proses anda membuang objek adalah dengan menggunakan laman web Cleanup.pictures.
Perkhidmatan atas talian percuma itu hanya memerlukan anda memuatnaik foto, mewarnakan bahagian yang ingin dipadam dan sistem akan memproses dan memadam objek atau orang dari gambar berkenaan.
Kami melakukan ujian sendiri dengan memuatnaik foto dua sekawan ini, dan hasilnya sangat baik. Malah, proses bagi melakukannya juga sangat mudah.
Menurut info, laman tersebut menggunakan teknologi LaMa yang dibangunkan Samsung dengan kod sumber yang boleh didapati melalui laman GitHub.
Selamat mencuba! à Cleanup.Pictures