Cara Mudah Bersihkan Microwave

cara mudah bersihkan microwave

Microwave sering digunakan dirumah untuk panaskan makanan ataupun apa apa saja. Ia bukan saja mudah digunakan tetapi juga jimat masa. Tetapi yang paling leceh sekali adalah bab nak membersihkannya. Agak renyah bila nak bersihkan kotoran yang melekat pada bahagian dalam microwave. Korang tahu tak dengan hanya menggunakan lemon dan semangkuk air, dah boleh bersihkan microwave. Malah bau ia akan mengharumkan mircrowave.

Korang hanya perlu sediakan semangkuk air (jangan isi air sampai penuh, nanti melimpah pula). Perahkan lemon bersama air dan letakkan hirisan lemon dalam air tersebut. Masukkan mangkuk ke dalam microwave dan on kan selama 5 minit.

Selepas 5 minit, tunggu lagi 2 minit sebelum buka microwave untuk pastikan wap air tak keluar dari microwave. Kemudian korang boleh lap microwave dengan kain yang bersih. Kotoran yang melekat tadi pun senang je nak hilangkan. Tak perlu sental beriya. Bau pun harum dan fresh.

Cara ini sangat berkesan, microwave pun bersih, bau pun wangi dan yang paling penting, jimat masa dan tenaga. Selamat mencuba!

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: mingguanwanita