Cara Nak Menang Wang Tunai Dan Hadiah Menarik Di ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN

Jenama radio ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN kini menawarkan hadiah menarik berupa wang tunai dalam pelbagai peraduan yang dianjurkan.

 

Misalnya menerusi jenama ERA, pendengar terpantas akan berpeluang membawa pulang wang tunai RM200 dalam peraduan ‘Sound Terabur ERA’ bermula 12 hingga 23 September.

 

Berikut adalah peraduan dan langkah penyertaan:

 

ERA: Sound Terabur ERA

cara nak menang wang tunai dan hadiah menarik di era, sinar, gegar dan zayan

Teka tajuk lagu di ERA dan berpeluang menang RM200, bermula 12 hingga 23 September di udara

•    Pendengar ERA perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.

•    Peserta perlu meneka tajuk lagu berdasarkan klip bunyi yang disuarakan oleh Azad Jazmin, personaliti ERA. Pembayang jawapan akan disediakan di Instagram ERA.

•    Peserta boleh membuat seberapa banyak tekaan tetapi mesti dalam tempoh 10 saat dan jawapan yang tepat akan membawa pulang wang tunai RM200.

•    Dapatkan maklumat tentang ‘Sound Terabur ERA’ di laman rasmi dan media sosial ERA.

 

SINAR: Ejaan SINAR

cara nak menang wang tunai dan hadiah menarik di era, sinar, gegar dan zayan

Berpeluang menang sebahagian wang tunai RM7500, dari 12 hingga 23 September di udara

•    Pendengar SINAR perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.

•    Teka ejaan untuk perkataan yang dikeluarkan dari perakam suara yang dimainkan oleh pendengar SINAR.

•    Peserta boleh mendapatkan pembayang di ‘Facebook Story’ dan ‘Instagram Story’ SINAR.

•    Peserta bersama ejaan yang betul akan membawa pulang hadiah wang tunai yang bernilai sekurang-kurangnya RM200 pada setiap pusingan.

•    Dapatkan maklumat tentang ‘Ejaan SINAR’ di laman rasmi dan media sosial SINAR.

 

ZAYAN: Teka Nasyid

cara nak menang wang tunai dan hadiah menarik di era, sinar, gegar dan zayan

Teka tajuk lagu nasyid di ZAYAN dan berpeluang menang wang tunai RM150 dari 12 hingga 30 September di udara

•    Pendengar ZAYAN perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.

•    Teka tajuk lagu nasyid berdasarkan klip lagu yang dimainkan oleh personaliti ZAYAN dalam tempoh 10 saat.

•    Peserta boleh mendapatkan pembayang di ‘Facebook Story’ dan ‘Instagram Story’ ZAYAN.

•    Peserta bersama tajuk lagu nasyid yang betul akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM150 pada setiap pusingan.

•    Dapatkan maklumat tentang ‘Teka Nasyid’ di laman rasmi dan media sosial ZAYAN.

 

GEGAR: Bekwoh & Dikir Hari Malaysia

cara nak menang wang tunai dan hadiah menarik di era, sinar, gegar dan zayan

Semua dipelawa untuk mengambil bahagian dalam ‘Bekwoh & Dikir Hari Malaysia’, pada 16 September di Padang Bola KTM, Kampung Kemangan, Machang, Kelantan

 

•    Pendengar GEGAR boleh menghantar penyertan dari sekarang hingga 15 September di www.gegar.syok.my

•    Lengkapkan maklumat peribadi dan nyatakan sebab mengapa ingin menyertai ‘Bekwoh & Dikir Hari Malaysia’ bersama GEGAR.

•    Penyertaan yang menarik akan menerima jemputan untuk menyertai bekwoh dan menyaksikan persembahan dikir barat Hari Malaysia daripada Sirat Maharaja dan K Bistari Bukit Panau, dua kumpulan pendikir tempatan.

•    Dapatkan maklumat tentang ‘Bekwoh & Dikir Hari Malaysia’ di laman rasmi dan media sosial GEGAR.

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN