Peta Google atau juga disebut sebagai Google Maps, menawarkan ciri-ciri pengimejan satelit, peta jalan, pemandangan panorama jalan 360° (Google Street View), keadaan lalu lintas (Google Traffic), dan perancangan laluan untuk perjalanan dengan berjalan kaki, kereta, atau pengangkutan awam.
Aplikasi ini digunakan secara meluas oleh lebih 1 bilion pengguna di serata dunia. Ia juga memudahkan sesiapa sahaja yang ingin menuju ke lokasi yang anda tetapkan.
Namun masalah timbul apabila nama jalan, laluan atau lokasi yang anda ingin tetapkan itu tidak tersedia dalam Google Maps.
Berikut adalah cara bagi mencipta laluan baru yang akan dipaparkan pada aplikasi tersebut.
1. Dengan menggunakan PC, klik pada laman Google Maps
2. Klik pada ikon 3 baris berikut
3. Klik pada Edit Map
4. Pilih menu berikut
5. Klik pada tab Add a Road
6. Masukkan nama laluan yang dikehendaki berserta jenis jalan tersebut
7. Kemudian klik pada tab ‘Review & Submit’
Dalam masa beberapa hari, Google akan menghantar email mengenai status permohonan yang anda lakukan. Maka dengan adanya nama jalan pada aplikasi itu, lebih mudah anda berkongsi lokasi kepada rakan anda!
Sumber: [1]