Tak Perlu Susah Beratur di Bank, Ini Cara Mudah Keluarkan Duit Dari ASB!

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah salah satu tempat penyimpanan wang yang amat digalakkan kepada orang ramai.

 

Menjadi tempat untuk meletakkan wang kecemasan, kini anda tidak lagi perlu beratur panjang di bank atau cawangan ASNB untuk mengeluarkan wang saat anda memerlukan.

tak perlu susah beratur di bank, ini cara mudah keluarkan duit dari asb!

Sebelum ini, pemegang akaun ASNB perlu beratur panjang dan menunggu nombor giliran bagi mengeluarkan wang ASNB sendiri. Kini ada cara lebih mudah iaitu dengan menggunakan aplikasi ASNB dan dilakukan secara online sahaja.

 

Apa yang anda perlu adalah aplikasi ASNB yang boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store atau di Apple App Store.

tak perlu susah beratur di bank, ini cara mudah keluarkan duit dari asb!

Kemudian klik pada bahagian ‘Jualan Balik.’

tak perlu susah beratur di bank, ini cara mudah keluarkan duit dari asb!

Pilih dana simpanan ASNB yang anda ingin keluarkan wang.

tak perlu susah beratur di bank, ini cara mudah keluarkan duit dari asb!

Kemudian klik jumlah wang yang anda ingin keluarkan. Minimum pengeluaran adalah sebanyak RM100 dan klik butang Seterusnya.

tak perlu susah beratur di bank, ini cara mudah keluarkan duit dari asb!

Disini, pastikan nombor akaun bank yang anda telah dikemaskini atas nama sendiri. Kemudian klik seterusnya.

tak perlu susah beratur di bank, ini cara mudah keluarkan duit dari asb!

Seterusnya, duit yang anda pindahkan akan diproses dalam masa satu hari bekerja.

tak perlu susah beratur di bank, ini cara mudah keluarkan duit dari asb!

Selamat mencuba!