Setiap kali tibanya bulan Mac, individu yang bekerja makan gaji biasanya akan sibuk dihadapan komputer masing-masing untuk mengisi E-Filing.
Namun buat yang pertama kali mahu mengisi E-filing menerusi laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), ini adalah perkara yang anda perlu tahu.
Pertama sekali, anda perlu mendaftar akaun menerusi mytax.hasil.gov.my. Klik pada e-Daftar dan isikan maklumat anda disini.
Dapatkan nombor pin dan log masuk ke MyTax. Klik pada e-CP55D dan sahkan maklumat anda. Klik ‘YES’ dan masukkan email serta muatnaik kad pengenalan.
Seterusnya, klik pada pautan di email anda untuk pengaktifan.
Selepas pengesahan, anda anda dibawa ke laman E-Filing. Anda perlu memiliki borang EA (untuk pekerja swasta, EC untuk pekerja agensi kerajaan) untuk mengisytiharkan hasil pendapatan anda dalam sistem ini. Borang EA/EC adalah sejenis borang yang dikeluarkan pihak majikan kepada pekerjanya, ia mempunyai segala keterangan mengenai gaji tahunan anda dengan jelas.
Seterusnya, rujuk langkah-langkah mengisi E-Filing seperti dalam video dibawah:
Sumber: Tiktok / Youtube