Ini Cara Mudah Nak Gunakan ChatGPT Dalam WhatsApp!

Sejak November 2022, syarikat penyelidikan dan pembangunan kecerdasan buatan, Open AI telah melancarkan Chat Generative Pre-Trained Transformer atau lebih dikenali sebagai ChatGPT.

ini cara mudah nak gunakan chatgpt dalam whatsapp!

ChatGPT adalah sebuah bot sembang yang disediakan secara percuma, bagi menjana teks seperti pemikiran manusia dalam masa nyata.

 

Dalam bahasa mudah, ChatGPT adalah satu laman yang membantu pengguna untuk menjawab sebarang soalan dalam masa yang singkat dan memberikan maklumat tepat berdasarkan maklumat yang ada secara atas talian.

ini cara mudah nak gunakan chatgpt dalam whatsapp!

Tahukah anda, kini anda boleh menggunakan ChatGPT dalam aplikasi WhatsApp pula?

 

1. Dengan menggunakan telefon pintar anda, layari laman web Shmooz AI. Tekan pada butang ‘Start Shmoozing’, dan aplikasi WhatsApp anda akan dibuka.

ini cara mudah nak gunakan chatgpt dalam whatsapp!

2. Klik ‘Continue to chat’ dan anda akan dibawa pada skrin sembang.

ini cara mudah nak gunakan chatgpt dalam whatsapp!

3. Satu mesej akan muncul pada skrin anda dan tekan hantar. Bot akan membalas mesej anda tidak lama selepas itu.

ini cara mudah nak gunakan chatgpt dalam whatsapp!

4. Disini, anda sudah dapat menggunakan ChatGPT dalam aplikasi WhatsApp. Taip sahaja apa jua soalan yang anda ingin tanyakan, aplikasi bot AI itu akan menjawab untuk anda.

ini cara mudah nak gunakan chatgpt dalam whatsapp!

Bagaimanapun, Shmooz AI yang menggunakan model GPT-3 oleh OpenAi ini hanya tersedia secara percuma untuk 20 mesej pertama sahaja. Anda boleh mendapatkan versi berbayar pada harga $9.99 sebulan (kira-kira RM45) bagi akaun Premium dan $29.99 sebulan bagi akaun bisnes.

 

 

Sumber: Shmooz AI / Beebom