Ini Cara Nak Claim Kalau Dilanggar Kereta Yang Tiada Insurans

Malang tidak berbau. Itu yang sering dikatakan lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kemalangan kenderaan.

ini cara nak claim kalau dilanggar kereta yang tiada insurans

Kos baik pulih dan kos rawatan adalah perkara utama yang perlu diambil kira selepas berlakunya kemalangan. Disini, insurans kenderaan kenderaan yang melanggar (Insurans Pihak Ketiga) akan digunakan bagi membiayai segala kos yang mungkin mencecah ribuan ringgit.

 

Namun timbul masalah apabila kenderaan yang melanggar itu tidak mempunyai insurans dan lebih parah, pihaknya tidak mempunyai wang untuk membayar segala kerugian. Atau lebih teruk, individu yang melanggar itu melarikan diri selepas kemalangan.

ini cara nak claim kalau dilanggar kereta yang tiada insurans

Tahukah anda, jika pihak yang melanggar itu tidak mempunyai perlindungan insurans, anda boleh membuat tuntutan ganti rugi menerusi MIB atau nama penuhnya Motor Insurers’ Bureau of West Malaysia.

 

Cara membuat tuntutan melalui MIB jika dilanggar adalah seperti berikut:

Hantar tuntutan ganti rugi anda ke MIB atau anda boleh lantik peguam bagi pihak anda.

Pastikan anda ingat nombor plat kenderaan yang melanggar anda. Kes langgar lari yang tiada nombor plat tidak akan diproses oleh MIB.

Tuntutan mestilah dihantar dalam tempoh tiga (3) tahun dari hari kemalangan.

MIB hanya akan membayar ganti rugi jika berlaku kemalangan terhadap diri sendiri.

Kerosakan kenderaan dan barang peribadi tidak akan dibayar ganti rugi.

ini cara nak claim kalau dilanggar kereta yang tiada insurans

Sediakan dokumen berikut sebelum membuat tuntutan kepada MIB:

Surat rasmi tuntutan anda yang mengandungi butiran dan maklumat kemalangan.

Laporan polis

Laporan polis dari pihak ketiga (jika ada)

Laporan perubatan

 

Hantar dokumen lengkap tersebut ke alamat berikut:

Motor Insurers’ Bureau Of West Malaysia

Wisma Piam, No. 150-3, 3rd Floor, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50782, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, 50782 Kuala Lumpur, Malaysia

No Tel : +60 3-2274 7395

 

Bagaimanapun jumlah bayaran adalah tertakluk pada pertimbangan MIB, dan besar kemungkinan jumlah diterima tidaklah sebanyak yang kita jangka daripada polisi insurans pihak ketiga. Tapi, jadilah daripada tiada langsung, kan?

 

Sumber: Asklegal.my careta.my