Buat mereka yang memelihara kucing di rumah, makanan kucing adalah antara perkara penting yang perlu disediakan.
Terdapat dua jenis makanan kucing yang mungkin membuatkan si bulus manja anda berselera, sama ada jenis makanan kering mahupun makanan basah.
Untuk menjimatkan duit poket anda, berikut adalah cara mudah untuk menghasilkan wetfood kucing secara sendiri terus daripada dapur. Yang penting, makanan yang dihasilkan ini tidak mempunyai bahan pengawet, garam dan pewarna. Jadi, ia selamat untuk kucing anda.
RESIPI MAKANAN BASAH KUCING GUNA 4 BAHAN
Memang banyak JIMAT bila buat sendiri makanan kegemaran anak bulus. Dapat banyak dah tahan berminggu-minggu. Bahan pun senang dan sangat mudah nak buat.
Bahan-bahan:
Ikan tongkol / tuna / ayam
Carrot
Agar-agar tali
Vitamin Kucing (mencantikkan bulu kucing)
Cara-cara membuat wet food kucing:
1. Bersihkan ikan dan rebus dalam periuk sehingga masak.
2. Asingkan isi ikan dari tulang. Kalau guna ikan lebih kecil..boleh blender sekali tulang dan tapis.
3. Kisar isi ikan tadi dengan carrot menggunakan air rebusan ikan sehingga hancur atau separuh hancur.
4. Bila sudah hancur, tuangkan isi tadi ke dalam lebihan air rebusan. Hidupkan api dan masak seketika.
5. Masukkan separuh sahaja agar-agar tadi. Separuh lagi boleh simpan untuk minggu hadapan. 1/2 agar-agar = 1kg ikan/ayam.
6. Masak agar-agar tadi sehingga hancur. Dah hancur boleh tutup api.
7. Tuang isi agar-agar tadi dalam bekas. Tunggu suam-suam kuku kucing.
8. Agak-agak dah suam-suam kuku kucing, bolehlah letakkan sedikit vitamin kucing. Sukatan 0.5ml.
Dapat 4 bekas = 1 minggu
1 hari 5-6x makan (3 sudu besar)
Kos anggaran lebih kurang RM13- RM15.
Selamat mencuba!
Sumber: Rozita Manan via Resepi Masakan Kampung Sedap 2023