Periuk, Kuali Hitam Sebab Api Dapur Warna Oren, Ini Cara Nak Betulkan Semula

Meskipun masa kini sudah ada pelbagai jenis dapur yang serba canggih seperti dapur elektrik, namun masih ramai yang masih menggunakan dapur gas untuk memasak.

 

Buat mereka yang menggunakan dapur gas, pernahkah anda melihat api dapur gas bertukar menjadi warna oren daripada warna asalnya biru?

periuk, kuali hitam sebab api dapur warna oren, ini cara nak betulkan semula

Jika YA, perkara ini pasti akan menyebabkan periuk atau kuali bertukar menjadi hitam berjelaga.

 

Menerusi perkongsian asal Sharina Othman dan ditulis semula oleh laman web Rasa, ada caranya untuk menukar semula api oren ini kepada biru supaya periuk dan kuali tidak menjadi hitam berjelaga.

 

Caranya:

1. Pusingkan tanda seperti yang ditunjukkan anak panah berkenaan:

periuk, kuali hitam sebab api dapur warna oren, ini cara nak betulkan semula

2. Pusingkan hingga tidak menutup lubang.

periuk, kuali hitam sebab api dapur warna oren, ini cara nak betulkan semula

3. Hasilnya, api akan bertukar menjadi biru, settle masalah periuk berjelaga.

periuk, kuali hitam sebab api dapur warna oren, ini cara nak betulkan semula

Untuk pengguna dapur kaca, periksa pada bahagian bawah dapur dan cari klip seperti yang tertera. Ubah bahagian klip berkenaan untuk mendapatkan warna api biru.

periuk, kuali hitam sebab api dapur warna oren, ini cara nak betulkan semula

Semoga bermanfaat dan berhat-hati ketika menggunakan peralatan dapur ini.

 

Sumber: Facebook Sharina Othman via Rasa