Bertengkar Dengan Suami, Wanita Campak 6 Anak Dalam Perigi Hingga Mati Lemas

Pasukan polis di India telah menemui enam kanak-kanak mati lemas dalam sebuah perigi, dipercayai dicampak ibu mereka seleas bertengkar dengan suaminya.

bertengkar dengan suami, wanita campak 6 anak dalam perigi hingga mati lemas

Kejadian berlaku di daerah Raigad apabila keenam-enam kanak-kanak itu ditemui sudah meningal dunia.

.

Beberapa foto yang tular menunjukkan penduduk tempatan berusaha menarik mangsa keluar dari air, namun semuanya sudah terlambat kerana mangsa meninggal dunia kerana kelemasan.

.

Dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu, Runa Chikhuri Sahni, 30, didakwa telah mencampak enam anaknya iaitu lima perempuan dan seorang lelaki antara usia 18 bulan hingga 10 tahun ke dalam perigi. Beliau juga dikatakan telah melompat ke dalam perigi tersebut untuk menyelamatkan mereka, namun beliau berjaya diselamatkan tepat pada masanya.

.

Bagaimanapun enam anaknya tidak dapat diselamatkan dan ditemui sudah meninggal dunia di tempat kejadian.

.

Suspek kemudiannya ditahan atas tuduhan membunuh, demikian menurut pegawai kanan polis, Ashok Dudhe.

.

Sumber: [1]