Pelajar positif COVID-19 sewaktu sepanjang perjalanan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak perlu khuatir sekiranya mereka tidak menduduki peperiksaan.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Mohd Radzin Mohd Jidin, pelajar yang positif boleh dikecualikan dari menghadiri peperiksaan menerusi tiga cara - deklarasi bertulis; pengesahan Pengetua; atau bukti paparan dari MySejahtera.
Mereka yang tidak dapat menghadiri peperiksaan boleh mengambil semula kertas tersebut pada sidang kedua SPM pada bulan April nanti, lanjutnya.
“Kalau calon positif, tak perlu risau. Bila mereka positif, ia perlu disahkan pengetua, atau ada deklarasi, atau bukti MySejahtera. Maka mereka boleh duduki peperiksaan dalam sidang kedua pada bulan April nanti.
“Calon kontak rapat pun begitu. Ada deklarasi, ada maklumat MySejahtera, itu akan dimaklumkan kepada pihak sekolah.
“Kita ingin pastikan anak-anak kita yang positif tak risau, mereka tidak hadir ke pusat peperiksaan, tapi dengan tiga kaedah tadi, mereka akan menduduki peperiksaan dalam sidang kedua bulan April,” katanya.
Mengulas berkenaan beberapa pusat peperiksaan yang terpaksa ditutup di negeri-negeri terjejas akibat banjir, khususnya di Kelantan, Mohd Radzi menjelaskan pusat peperiksaan alternatif tidak dapat disediakan kerana faktor banjir.
Namun, para pelajar yang terjejas bagaimanapun boleh mengambil peperiksaan pada sidang kedua SPM, iaitu pada bulan April nanti.
Sumber: [1]