Berita baik buat penduduk di California, Amerika Syarikat yang menerima suntikan vaksin COVID-19 sebelum 15 Jun kerana mereka akan ditawarkan wang tunai AS$116.5 (kira-kira RM482.60) serta baucar tunai.
![california tawar wang tunai dan hadiah lumayan jika ambil vaksin](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/vaccine-1.jpg)
Ia sebagai insentif bagi menggalakkan orang ramai menerima suntikan vaksin COVID-19 dan juga sebagai usaha membentuk imuniti kelompok.
Malah, ia dilihat sebagai sokongan bagi membuka semula sektor ekonomi sepenuhnya pada 15 Jun ini.
![california tawar wang tunai dan hadiah lumayan jika ambil vaksin](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/ca-times-brightspotcdn.jpg)
Lebih menarik, penerima vaksin bertuah yang disuntik sebelum tarikh itu akan berpeluang menang wang tunai sebanyak AS$1.5 juta seorang, manakala 30 lagi akan menerima AS$50,000 seorang.
Selain wang tunai, banyak juga hadiah yang ditawarkan termasuklah tiket besbol percuma, biasiswa bagi melanjutkan pelajaran dan lain-lain lagi.
Usaha-usaha ini telah digunakan oleh kerajaan AS dalam meyakinkan rakyat mengenai kebaikan suntikan vaksin COVID-19, takkala wabak ini telah meragus lebih 3.7 juta nyawa seluruh dunia.
Sumber: Astro AWANI