“Balik Kampung, Ada Tanya Bila Nak Kahwin?” Cakra Khan Pun Tak Terlepas Disoal Tentang Jodoh

Penyanyi, Cakra Khan, 31, akui tidak terlepas daripada disoal tentang jodoh, khasnya daripada saudara maranya apabila dia pulang ke kampung halaman di Pangandaran, Jawa Barat, Indonesia.

“balik kampung, ada tanya bila nak kahwin?” cakra khan pun tak terlepas disoal tentang jodoh

Disebabkan itu, katanya dia akan menghubungi ibunya terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung untuk bertanyakan siapa yang ada di rumah ketika itu.

 

"Kalau saya pulang ke kampung, pastinya selama itu akan ada yang bertanyakan (soal kahwin). Jadi, saya jika mahu bertemu dengan ibu akan 'video call' dulu tanya ada siapa saja di rumah. Jadi, barulah saya pulang.

"Bagi saya soalan jodoh yang ditanyakan itu sebenarnya hal wajar. Cuma, saya sendiri cuba berfikir positif kerana yang namanya jodoh itu sudah diatur oleh Tuhan," katanya.

 

Katanya, buat masa ini beliau mahu memberikan fokus kepada karier terlebih dahulu, berbanding soal jodoh.

 

Disoal tentang kriteria wanita idamannya, Cakra berkata beliau lebih selesa menyerahkan semua itu kepada Tuhan sahaja.

 

Sumber: HMetro