Wabak Cacar Monyet Belum Jadi Darurat Kesihatan Dunia – WHO

Susulan daripada penularan wabak cacar monyet di beberapa negara, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah memanggil jawatankuasa pakar untuk membincangkan perkara ini.

wabak cacar monyet belum jadi darurat kesihatan dunia – who

WHO pada hujung minggu lalu memaklumkan wabak cacar monyet belum diklasifikasikan sebagai darurat kesihatan global, meskipun terdapat lonjakan kes dikesan sejak awal Mei.

.

Kebanyakan kes baharu cacar monyet berlaku di Eropah Barat dan lebih 3,200 kes yang disahkan dengan satu kematian dilaporkan kepada WHO.

wabak cacar monyet belum jadi darurat kesihatan dunia – who

"Jawatankuasa kecemasan berkongsi kebimbangan serius mengenai skala wabak semasa dengan menyatakan banyak perkara yang tidak diketahui berhubung penyebaran dan jurang dalam data.

"Secara keseluruhan, dalam laporan itu, mereka menasihatkan saya bahawa wabak itu bukan kecemasan kesihatan awam antarabangsa (PHEIC) l, tahap amaran tertinggi yang boleh dikeluarkan oleh WHO.

"Bagaimanapun, saya mengakui mesyuarat jawatankuasa itu sendiri mencerminkan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai penyebaran cacar monyet di peringkat antarabangsa," kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

.

Sumber: [1]