Bunga Citra Lestari Luah Rasa Rindu Pada Ashraf Sinclair Melalui Video Dear Love

bunga citra lestari luah rasa rindu pada ashraf sinclair melalui video dear love

Lama juga Bunga Citra Lestari atau BCL mendiamkan diri selepas pemergian suaminya, Ashraf Sinclair.  

Bersempena aidilfitri, BCL telah memuat naik satu video akan aktivitinya bersama ahli keluarga menyambut lebaran. Video yang berjudul Dear Love itu juga memaparkan bahawa betapa rindunya BCL kepada Ashraf terutama sekali saat aidilfitri tiba.

Di dalam video itu juga, BCL mengimbas kembali kenangan menyambut hari raya bersama Noah dan Ashraf. Sebak betul video ni.

Melalui ruangan description, BCL menyatakan bahawa ini bukanlah satu perkara yang mudah baginya. Namun, saban hari beliau sentiasa memberanikan diri.

“Ini bukanlah perjalanan yang mudah.. Bahkan ku masih tak tahu berada di mana.. Kadang bergerak maju dua langkah, lalu mundur satu langkah.. Tapi ku terus berjalan.. Karena ini adalah sebuah proses panjang yang harus dijalani.. Di moment ini, aku memberanikan diri.. Untuk sedikit berbagi tentang hidupku.. Perjalananku..” tulis BCL akaun YouTubenya.

Kami mendoakan yang terbaik buat BCL dan juga Noah. Semoga arwah Ashraf Sinclair ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Sumber: YouTube BCL