Tiga Fungsi Ini Buktikan Facebook Sebenarnya Tengah ‘Stalk’ Anda

Laman Facebook adalah satu rangkaian sosial yang dikendalikan oleh Meta Platforms. Ia telah menjalani pelbagai pembaharuan sejak petama kali ditubuhkan pada Februari 2004.

tiga fungsi ini buktikan facebook sebenarnya tengah ‘stalk’ anda

Pernahkah anda terjadi satu ketika anda sedang berborak mengenai kasut, dan tidak lama kemudian iklan berkenaan kasut muncul pada laman Facebook anda?

.

Ramai yang beranggapan Facebook sebenarnya mempunyai ‘telinga’ dan mendengar serta memerhati segala gerak-geri harian anda tanpa ada sedari.

.

Menurut laporan portal The Sun, terdapat tiga ciri pada Facebook yang menyebabkan pengiklanan bersasar ini boleh terjadi.

.

1. Fungsi Location History pada Facebook

tiga fungsi ini buktikan facebook sebenarnya tengah ‘stalk’ anda

Fungsi ini akan merekodkan lokasi anda setiap hari jika anda log masuk akaun Facebook anda pada sistem operasi iOS atau Android. Pergerakan anda direkodkan dalam bentuk peta digital dan ia boleh dilihat pada bahagian Setting/Tetapan.

.

Ia boleh ditutup jika anda mahu, malah jejak anda juga boleh dipadam.

  • Buka aplikasi Facebook dan pada Settings and privacy, kemudian klik Settings.
  • Di bawah Your Information, klik Access your information.
  • Klik pada Logged information.
  • Di bawah Location, klik Location history. Anda mungkin diminta untuk memasukkan semula kata laluan anda.
  • Disini anda boleh tetapkan on atau off untuk Location history. Anda juga boleh padam penjejakan lokasi anda pada bahagian ini.

Fungsi Location history ini telah mendatangkan kontroversi kerana melanggar privasi pengguna, dan ia hanya boleh digunakan sehingga 1 Ogos 2022 sahaja.

.

2. Facebook tahu minat anda

tiga fungsi ini buktikan facebook sebenarnya tengah ‘stalk’ anda

Pengiklanan bersasar adalah satu medium baharu dalam perniagaan masa kini. Facebook merupakan aplikasi yang boleh memberikan pengiklanan bersasar berdasarkan minat, topik perbualan, tanda suka dan banyak lagi yang anda lakukan pada aplikasi terbabit.

 

Untuk menutup fungsi ini, ada cara mudah yang anda boleh lakukan:

  • Buka Facebook pada laptop/komputer anda dan klik pada gambar profil sebelah kanan atas.
  • Klik Settings and Privacy dan kemudian klik Settings
  • Klik Ads dan klik Ads Topics.
  • Disini anda dapat lihat senarai penuh topik yang Facebook fikir adalah minat anda. Anda boleh padam dan tutup topik ini jika ia tidak relevan dengan anda.

 

3. Facebook tahu segala laman sesawang yang anda lawati

tiga fungsi ini buktikan facebook sebenarnya tengah ‘stalk’ anda

Kuki (cookies) pada komputer dan peranti yang anda gunakan akan menyimpan teks kecil pada laman sesawang. Ia akan digunakan Facebook untuk melihat segala aktiviti dan minat anda sebelum ditafsirkan sebagai iklan bersasar pada aplikasi berkenaan. Fungsi ini disebut sebagai “Off-Facebook Activity.”

.

Untuk menutup fungsi “Off-Facebook Activity”, anda boleh lakukan langkah berikut:

  • Gunakan desktop, klik ikon profil anda di bahagian atas sebelah kanan Facebook.
  • Pilih Settings and privacy, kemudian klik Settings.
  • Klik Privacy pada menu sebelah kiri.
  • Klik Your Facebook Information di sebelah kiri.
  • Disini anda dapat melihat segala aktiviti yang anda lakukan di luar Facebook. Klik juga pada Recent activity untuk info lanjut.
  • Anda boleh tutup sejarah aktiviti untuk menghalang Facebook daripada menjejaki anda merentasi sesawang.

.

Sumber: [1]