Bukan Lagi ‘Wolf’! Kylie Jenner Tukar Nama Anak Kedua Secara Rasmi

Kylie Jenner mendedahkan pada Isnin lalu bahawa bayi lelakinya, yang dilahirkan bulan lalu, tidak lagi dinamakan Wolf.

bukan lagi ‘wolf’! kylie jenner tukar nama anak kedua secara rasmi

Bintang realiti berusia 24 tahun itu membuat pengumuman itu menerusi Instagram Story di akaun peribadinya.

“Untuk pengetahuan anda semua, nama anak kami bukan lagi Wolf. Kami hanya benar-benar merasa ia bukan seperti dia,” tulisnya.

“Hanya ingin berkongsi kerana saya sentiasa terlihat nama Wolf di mana-mana,” tambah Jenner.

Selain itu, Kylie turut berkongsi video YouTube yang didedikasikan untuk kelahiran anaknya pada Isnin lalu yang menunjukkan rakaman sepanjang kehamilannya, bermula dengan ujian kehamilannya yang positif dan ditutup dengan tangisan pertama bayi itu di bilik bersalin hospital.

Anak lelakinya, lahir 2 Februari, merupakan cahaya mata keduanya bersama penyanyi rap Travis Scott selepas anak perempuan mereka, Stormi Webster, 4.

 

Sumber: [1]