Bukan GDL Tapi Lesen Khas

bukan gdl tapi lesen khas

📷 AWANI (gambar hiasan) 

 

Baru-baru ini kerajaan memutuskan akan buat beberapa usaha untuk lebih menjaga kebajikan penunggang perkhidmatan penghantaran barangan dan makanan (p-hailing). Ni jugak nak memastikan sektor peserta ekonomi gig ni berdaya saing. Ha antaranya umur nak memiliki lesen untuk perkhidmatan ni akan diturunkan kepada 18 tahun berbanding 21 tahun ketika ini. Sesuai dan tepat pada masanya. Cuma wujud pulak salah faham & kekeliruan pasal lesen penunggangnya. Jadi Kementerian Pengangkutan (MOT) tampil beri penjelasan. Jelas MOT, penunggang p-hailing bukannya diwajibkan mempunyai lesen memandu vokasional (GDL) . Ya… bukan GDL tapi lesen vokasional khas. Ha lesen khas ni pun baru di peringkat cadangan. Jadi jelas ya??? Oh ya, lagi satu lesen khas ni tak sama macam lesen memandu vokasional untuk kenderaan 4 roda tu. OK part last ni best…berita baiknya pendaftaran bagi lesen khas itu dijamin mudah dan murah dengan bayaran minimum di bawah RM10, jugak diberi moratorium. Menarik tertarik tak??? 

 

Oleh: KJ 

Sumber & gambar:  AWANI, Sinar Harian, Malaysia Gazette, Harian Metro, Berita Harian & internet