Hingga 18 Jenis Gerai Makanan, Dapur by KLGCC Tawar Pengalaman Unik Bufet Berbuka Puasa

Kelab golf terkemuka Malaysia, Kuala Lumpur & Country Club ("KLGCC"), menjemput semua untuk menyambut bulan Ramadan yang mulia dengan tawaran bufet berbuka puasa dan Hari Raya Aidilfitri.

hingga 18 jenis gerai makanan, dapur by klgcc tawar pengalaman unik bufet berbuka puasa

Bermula 23 Mac hingga 20 April 2023, semua pelanggan dijemput untuk berbuka puasa di "Dapur by KLGCC" di Dewan Besar Sime Darby Convention Centre (SDCC). Diketuai oleh Chef Eksekutif (Jamuan) Mohd Faisal Ismail, sebanyak 18 jenis gerai makanan dengan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa yang menyelerakan bakal disajikan kepada para pelanggan.

hingga 18 jenis gerai makanan, dapur by klgcc tawar pengalaman unik bufet berbuka puasa

Para pengunjung "Dapur by KLGCC" akan dipersembahkan dengan pelbagai menu yang menarik antaranya lidah bakar, ayam panggang bumbu, bubur lambuk, udang sambal petai, tenggiri lada hijau, tumis darat daging kalio, kambing panggang dan sate. Para pengunjung juga akan disajikan hidangan laut, popiah basah, lemang, rendang serta kuih-muih tradisional Malaysia yang terkenal seperti ais kacang, dan cendol.

hingga 18 jenis gerai makanan, dapur by klgcc tawar pengalaman unik bufet berbuka puasa

hingga 18 jenis gerai makanan, dapur by klgcc tawar pengalaman unik bufet berbuka puasa

Pakej bufet Ramadan ini berharga RM138 bagi ahli kelab KLGCC dan RM165 bagi bukan ahli. Kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan antara enam (6) hingga dua belas (12) tahun juga boleh menikmati kadar istimewa pada harga RM68. Baucer "Dapur by KLGCC" boleh didapati di platform e-dagang Lazada.

hingga 18 jenis gerai makanan, dapur by klgcc tawar pengalaman unik bufet berbuka puasa

Selain itu, bagi mereka yang ingin meraikan jamuan Ramadan dan Hari Raya bersama sahabat handai atau keluarga dalam kumpulan yang lebih besar boleh menikmati hidangan yang lazat daripada KLGCC dan SDCC. Tawaran ini berharga antara RM118 hingga RM138 seorang dan tertakluk untuk tempahan minima 50 orang satu kumpulan. Dengan pembelian pakej jamuan ini, mereka berpeluang untuk berbuka puasa bersama-sama dalam satu ruang bilik yang lebih intim.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran dan promosi sambutan yang akan datang dari KLGCC dan SDCC, sila lawati https://www.klgcc.com/whats-on atau hubungi +603-2011 9122/123/