Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun patah jari kaki selepas tersepit di eskalator dekat sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur pada Ahad.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Shamsul Bahri Hashim, pihaknya ada menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden terbabit pada Ahad, jam 4.56 petang.
Ekoran itu, seramai 5 anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi bagi menyelamatkan mangsa.
Operasi menyelamatkan mangsa mengambil masa kira-kira 40 minit dan mangsa didapati mengalami kecederaan pada tiga jari yang mana salah satunya telah patah.
"Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan serta tindakan selanjutnya," ujarnya.
Sumber: Sinar Harian / Tiktok