Budak 12 Tahun Kaut RM16.45 Juta Hasil Jual NFT

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun telah berjaya memperoleh lebih tiga juta pound (kira-kira RM16.45 juta) menerusi platform perdagangan NFT yang menggunakan mata wang kripto.

budak 12 tahun kaut rm16.45 juta hasil jual nft

Benyamin Ahmed dari Pinner di Greater London dilaporkan mula mempelajari sistem kod daripada bapanya ketika berusia lima tahun.

 

Sejak tahun lalu, Benyamin mula mengeluarkan NFT sendiri bertemakan ikan paus dan meraih jualan yang sangat memberansangkan.

budak 12 tahun kaut rm16.45 juta hasil jual nft

Jualan pertama piksel ikan paus berwarna-warni itu habis dijual dalam tempoh beberapa jam sahaja dengan nilai mencecah 110,000 pound (kira-kira RM603,489).

 

Kekayaan itu jika digabungkan dengan jualan lain, meningkat kepada 750,000 pound (RM4.1 juta) hanya dalam masa beberapa bulan sahaja.

budak 12 tahun kaut rm16.45 juta hasil jual nft

Pelajar sekolah itu juga dikatakan tidak mempunyai akaun bank sendiri dan tidak pernah pun mengeluarkan wang keuntungan jualan NFT nya. Semuanya dikumpulkan dalam mata wang kripto yang dikenali sebagai Ethereum.

 

Menurut Benyamin, beliau terlibat dalam permainan itu hanya untuk membina kemahiran dan pengalaman.

budak 12 tahun kaut rm16.45 juta hasil jual nft

Ujarnya lagi, meskipun ada beberapa pihak yang berpendapat mata wang kripto adalah tidak bernilai, baginya ia adalah mata wang masa depan.

 

Secara keseluruhan, koleksi NFT Benyamin didagangkan dengan jumlah lebih AS$5 juta (kira-kira RM20.8 juta).

 

Sumber: [1]