Jarang sekali kita terdengar mengenai haiwan buaya yang mati akibat lemas.
Namun, itulah yang terjadi di Liuzhou, China baru-baru ini yang mana seekor buaya seberat hampir 100 kilogram mati lemas.
Kejadian tersebut menggemparkan banyak pihak sehingga ada yang tidak percaya yang ia sebenarnya berlaku.
Malah, pakar turut menyatakan bahawa buaya yang lemas jarang berlaku.
Jika ada, ia selalunya berkait dengan penyakit yang dihidapi haiwan tersebut sehingga menyebabkan sistem pernafasannya lemah.
Bagaimanapun, buaya yang lemas seberat hampir 100 kilogram itu dikatakan malu dan takut untuk keluar dari air.
Insiden kematian seekor buaya akibat lemas dikongsi oleh seorang pekerja di sebuah ladang buaya.
Malah dia menyebut bahawa buaya itu adalah buaya yang ‘penakut’.
“Buaya itu adalah buaya yang penakut. Dia akan masuk ke dalam air dan tidak akan keluar kerana ketakutan yang akhirnya membawa kepada tragedi,” jelas pekerja itu.
Malah, pekerja itu turut mendedahkan bahawa ia adalah kali pertama dia melihat kejadian buaya lemas hingga menyebabkan kematian.
Berita yang tersebar mengenai buaya yang mati lemas itu turut mencuri perhatian ramai warganet sehingga ada yang tertanya-tanya mengapa haiwan yang hidup dalam air itu boleh hilang keupayaan untuk berenang.
Seorang doktor haiwan juga mendedahkan bahawa buaya biasanya boleh menyelam dan naik ke permukaan untuk mendapatkan udara melalui para-paru mereka.
Namun, sekiranya dia lemas dan mati, ia mungkin disebabkan oleh penyakit yang menyebabkan buaya itu tidak dapat bernafas dengan baik.
Sumber: [1]