Tunggu! Jangan Buang Tulang Lembu Korban, Doktor Ajar Cara Buat Sup Awet Muda

Tahukah korang yang tulang lembu kaya dengan pelbagai khasiat yang mampu menguatkan tulang?

tunggu! jangan buang tulang lembu korban, doktor ajar cara buat sup awet muda

Bukan itu je, tulang lembu juga sebenarnya mampu meningkatkan awet muda terutamanya dalam kalangan kaum wanita yang gemar menitikberatkan soal kecantikan diri!

Menerusi perkongsian Pakar Otak dan Kesihatan, iaitu Dr Rizal Abu Bakar di Facebook, beliau berkongsi bahawa rahsia awet muda adalah dengan memastikan amaun kolagen yang diambil cukup.

Jelasnya, kolagen ialah sejenis protein yang terbentuk dari tiga amino acid yang mengandungi glycine, hydroxyproline dan proline.

“Tubuh manusia dewasa keluarkan 3g glycine setiap hari. Tapi tubuh perlukan 15g. Tidak cukup. Apabila glycine cukup kulit jadi cantik, sendi tidak sakit dan radang hilang.

“Pencernaan terjaga, mood, tidur dan kemampuan fikir semakin baik. Untuk tambah glycine dan kolagen perlu ambil dari sumber luar. Kolagen biasanya didapati pada haiwan.

“Tulang, kartilaj, kulit haiwan berikan glycine tambahan yang diperlukan. Contoh paling senang. Sup kaki ayam. 70 peratus kandungan protein dalam kaki ayam. Jadikannya padat kolagen.

“Kolagen kaki ayam tinggi glycine. Sekitar 16 peratus diikuti hydroxyproline 14 peratus dan proline 8 peratus,” kongsinya.

 

Sumber: [1]