Elak Salah Guna, Amalkan Buat Palang Pada Salinan IC

MyKad merupakan sekeping kad pengenalan pintar yang digunakan di Malaysia. Bersama-sama dengan pasport, Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang menggunakan kad pengenalan dan pasport yang menggabungkan teknologi cip dan biometrik terkini untuk meningkatkan keselamatan dan kesahihan pemiliknya.

elak salah guna, amalkan buat palang pada salinan ic

Fungsi utama kad ini ialah sebagai kad pengenalan diri. Ia mengandungi nama, alamat, gambar, nombor kad pengenalan, jantina dan agama yang terpapar di luar kad. Maka, kad pengenalan adalah sangat membahayakan jika ia terlepas kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

Justeru, untuk mengelakkan daripada ditipu dan menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyarankan orang ramai untuk sentiasa membuat dua garisan lurus berserta tujuan pada salinan dokumen kad pengenalan.

elak salah guna, amalkan buat palang pada salinan ic

Ia tidak lain bertujuan bagi memastikan salinan kad pengenalan itu tidak disalahgunakan dan ia sampai kepada tujuan salinan itu dibuat.

 

Dua garisan lurus berserta tujuan boleh diletakkan pada sebelah atas kiri, di kedua-kedua muka depan dan belakang.

elak salah guna, amalkan buat palang pada salinan ic

Jika anda mendapati wujudnya penipuan melibatkan kad pengenalan anda, sila buat laporan kepada pihak berkuasa dengan segera.

 

Sumber: JPN Malaysia