Elak Kena Sekatan, Pasangan Ini Buat Majlis Kahwin Dalam Pesawat

Banyak cara yang digunakan orang ramai dalam cubaan melawan segala sekatan dan prosedur operasi standard (SOP) bagi menghalang penularan wabak COVID-19.

 

Antaranya, mengadakan majlis perkahwinan dalam sebuah pesawat bagi mengelak sekatan yang dikenakan kerajaan India, dengan jumlah tetamu hadir kira-kira 160 orang.

elak kena sekatan, pasangan ini buat majlis kahwin dalam pesawat

Kejadian yang tular di laman sosial itu menunjukkan pasangan pengantin di India ini mengadakan majlis perkahwinan mereka di udara bagi mengelak sekatan pihak berkuasa disana. Rakaman majlis itu dikongsi di akaun media sosial dan kini dalam siasatan pihak berkuasa.

 

Pesawat yang berlepas dari Tamil Nadu telah menghadkan jemputan kepada 50 orang sahaja. Namun, pasangan ini nekad mengadakan majlis perkahwinan di udara dengan jemputan 160 orang.

 

Pesawat SpiceJet jenis Boeing 737 itu ditempah khas dari Madurai ke Bangalore bagi membawa pasangan pengantin itu berbulan madu.

elak kena sekatan, pasangan ini buat majlis kahwin dalam pesawat

Tindakan pasangan berkenaan jelas melanggar SOP yang dikenakan syarikat penerbangan serta larangan untuk adakan sebarang majlis dalam pesawat.

 

 

Dalam perkembangan lain, negara India kini berdepan dengan gelombang baharu COVID-19 dengan angka korban melepasi 300,000 kes. Malah, hospital dan juga rumah mayat kini sesak, hingga ada yang terpaksa membuang mayat ke dalam sungai Ganges secara haram.

 

Sumber: Astro AWANI