Buah Pinggang Wanita Ini Pecah Lepas Kena Urut Kasar

Seorang wanita berdepan detik hitam dalam hidupnya selepas separuh dari buah pinggangnya terpaksa dibuang kerana pecah selepas di urut.

buah pinggang wanita ini pecah lepas kena urut kasar

Wanita berusia 41 tahun yang berasal dari China ini pada mulanya sedang mengikuti sesi menurunkan berat badan dan salah satu modulnya adalah sesi urutan badan.

 

Selepas diurut, wanita itu mendakwa beliau terasa sukar untuk berdiri, namun si tukang urut berkata ia adalah perkara biasa kerana lemak badannya sedang terhapus. Beliau yang percaya dengan kata-kata tukang urut itu kemudian beransur pulang ke rumah.

 

Bagaimanapun keadaan menjadi lebih parah sebaik tibanya beliau di rumah dengan simptom seperti muntah dan cirit-birit. Beliau kemudian dibawa ke hospital dalam keadaan dirinya separa koma.

 

Doktor menjalankan pemeriksaan lanjut kemudian mendapati buah pinggang kirinya telah pecah, kesan daripada tekanan urutan yang melampau. Doktor juga terpaksa melakukan pembedahan dan membuang separuh daripada buah pinggang wanita itu yang rosak bagi menyelamatkan nyawanya.

 

Sumber: OC