Lee Min Ho, BTS, Crash Landing On You Paling Popular Di Korea Selatan

Kumpulan BTS dan aktor lelaki popular, Lee Min Ho, telah dipilih sebagai selebriti Korea paling bernilai dan diminati seluruh dunia.

lee min ho, bts, crash landing on you paling popular di korea selatan

Ia berdasarkan 2021 Overseas Hallyu Report yang diumumkan oleh kerajaan Korea Selatan yang dibuat oleh Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan bersama Yayasan Pertukaran Budaya Antarabangsa Korea.

Menerusi laporan itu, BTS dipilih sebagai penyanyi K-pop paling popular, manakala Lee Min Ho pula sebagai pelakon lelaki Korea paling disayangi peminat global.

lee min ho, bts, crash landing on you paling popular di korea selatan

Kajian itu melibatkan 8,500 responden daripada 18 buah negara termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun dan banyak lagi. Ia dilakukan daripada 24 September hingga 4 November tahun lalu, dimana responden perlu menjawab soalan berkaitan kebudayaan Korea Selatan.

Keputusan kajian menunjukkan sebanyak 22 peratus responden memilih BTS sebagai bintang K-pop kegemaran mereka, selain BLACKPINK, PSY, Twice dan EXO menduduki tempat kedua hingga kelima.

Bagi kategori pelakon, Lee Min Ho menjadi pilihan global, diikuti Gong Yoo, Song Hye Kyo, dan Lee Jong Suk.

Filem Parasite menduduki tangga teratas dengan undian sebanyak 18.4 peratus, manakala Pucca, sebagai karakter animasi kegemaran memenangi undian sebanyak 21.4 peratus.

lee min ho, bts, crash landing on you paling popular di korea selatan

Drama Crash Landing On You menjadi drama popular di Korea dengan undian 9.5 peratus, diikuti drama It's Okay to Not Be Okay (4.1 peratus), The World of the Married dan Itaewon Class (2.8 peratus) dan Kingdom (2.5 peratus).

lee min ho, bts, crash landing on you paling popular di korea selatan

Sumber: YNA