BTS Batalkan Konsert Di Korea Akibat Penularan Wabak Koronavrius

bts batalkan konsert di korea akibat penularan wabak koronavrius

Berita ni mungkin agak menyedihkan buat Army.

Kumpulan idola merupakan, BTS telah membatalkan beberapa konsert di Korea Selatan akibat penularan wabak novel Koronavirus (COVID-19) di negara tersebut. Perkara tersebut dilaporkan oleh agensi berita Korea, Yonhap.

“Mahu tak mahu, konsert ini terpaksa dibatalkan” Lapor agensi berita tersebut di dalam bahasa Korea dan diterjemah oleh Variety.

BTS dijadualkan menjayakan jelajah dunia Map of the Soul pada 11, 12, 18, dan 19 April di Stadium Olimpik Jamsil di Seoul. Bagaimanapun, semua tarikh tersebut akan dibatalkan. Kesemua wang akan dikembalikan secara automatic.

Tak apa lah Army, kesihatan perlu diutamakan. Lepas semua virus ni settle, boleh lah BTS kembali membuat persembahan.

Sumber: Billboard