BTS Akan Buat Konsert Secara Online Demi Peminat Di Seluruh Dunia

bts akan buat konsert secara online demi peminat di seluruh dunia

Kumpulan K-Pop terkenal dunia BTS dijangka akan mengadakan konsert secara atas talian (online) pada bulan hadapan. Perkara tersebut diumumkan oleh agensi pengurusan mereka, Big Hit entertainment dan mengajak seluruh peminat di seluruh dunia untuk menyertainya.

BTS akan berhubung dengan kelab peminta yang dikenali sebagai Army itu melalui satu majlis yang akan diadakan secara live-streaming dan dikenali sebagai Bang Bang Con the Live pada 14 Jun. Big Hit Entertainent telah memaklumkan perkara tersebut melalui aplikasi Weverse dan akaun SNS.

Big Hit juga memaklumkan tiket Bang Bang CIn the Live boleh dibeli melalui Weverse Shop secara online application bermula 1 Jun ini.

Sepatutnya, BTS akan mengelilingi dunia untuk menjagakan konsert jelajah dunia “Map of The Soul Tour’. Bagaimanapun, semua perancangan terpaksa ditangguhkan akibat daripada penularan wabak COVID-19.

Tak apa lah, kalau buat secara online, lagi ramai lah yang boleh tengok kan? Siapa yang akan pergi?
 

Sumber: SCMP