Bruno Mars Teruja Anggota BTS Datang Konsert Silk Sonic

Penyanyi terkemuka dunia, Bruno Mars dan Anderson .Paak bertemu dengan beberapa ahli BTS ketika pertunjukan kumpulan Silk Sonic mereka di Las Vegas!

bruno mars teruja anggota bts datang konsert silk sonic

Pada 1 April, kedua-dua penyanyi Amerika itu memuat naik entri berupa foto menerusi Instagram masing-masing dan mendedahkan bahawa Jimin, Suga dan RM telah menghadiri konsert “An Evening with Silk Sonic” pada malam sebelumnya.

Coret Bruno Mars, “Terima kasih BTS kerana suid hadir ke gig malam tadi di Las Vegas. Harap anda semua menikmati diri anda! Yang ikhlas, Silk Sonic.”

BTS dijadualkan untuk membuat persembahan di Anugerah Grammy ke-64 pada 3 April ini.

Selepas itu, mereka akan memulakan konsert pertama daripada empat konsert “Permission to Dance on Stage” di Las Vegas pada 8 April.


Sumber: [1]