Britain Sahkan Kematian Pertama Akibat Omicron

Buat pertama kalinya, Britain mengesahkan kematian pertama akibat varian baru COVID-19 Omicron.

britain sahkan kematian pertama akibat omicron

Perkara tersebut diumumkan Perdana Menteri Boris Johnson ketika negara tersebut melancarkan program suntikan penggalak dalam usaha membendung Omicron daripada terus menular.

Menurut Johnson, kira-kira 40 peratus kes COVID-19 di England adalah berpunca daripada varian Omicron.

Tegasnya, langkah kecemasan bakal dilaksanakan dalam masa terdekat untuk mengelakkan tekanan ke atas sistem kesihatan negara itu.

Setakat ini, semua individu dewasa di negara terbabit akan menerima dos penggalak menjelang hujung Disember.

Britain merupakan antara negara paling terjejas akibat COVID-19 dengan catatan sebagai 146,000 kematian pada tahun lalu.

Dalam pada itu, Setiausaha Kesihatan UK, Sajid Javid menjangkakan kes kematian akibat varian Omicron akan meningkat mendadak dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Susulan itu, perkhidmatan kesihatan bakal kembali diletakkan ke tahap persediaan kecemasan bagi menghadapi masa getir itu.

Tambah beliau, seiring dengan itu, proses suntikan dos penggalak akan dipercepatkan.

Setakat ini, Britain merekodkan 10 kes kemasukan ke hospital akibat Omicron.

 

Sumber: [1]