Britain Dilanda Gelombang Baru COVID-19 Tanpa Disedari

Siapa sangka, tanpa mereka sedar dalam diam Britain kini sedang memasuki gelombang baru COVID-19 dengan varian baharu menular.

britain dilanda gelombang baru covid-19 tanpa disedari

Perkara itu dimaklumkan pakar-pakar kesihatan Britain susulan situasi COVID-19 yang dijangka akan bertambah buruk menjelang musim sejuk tidak lama lagi dan kadar ujian saringan yang makin berkurang.

 

Menurut data terkini, satu dalam setiap 65 penduduk Britain kini dijangkiti COVID-19 dan peratusan yang diuji positif juga terus meningkat untuk minggu berakhir 17 September lalu.

 

Meskipun 1.1 juta isi rumah telah diuji positif COVID-19, angka itu jauh lebih rendah berbanding angka 3.8 juta jangkitan ketika kemuncak gelombang Omicron BA.4 dan BA.5 pada Julai 2022. Bagaimanapun ia masih menjadi risiko kepada pemulaan yang lebih dahsyat.

 

“Nampaknya kita berada dalam permulaan gelombang seterusnya dan kali ini ia memberi kesan lebih awal kepada warga emas berbanding gelombang terakhir.

“Ramai orang masih menggunakan garis panduan kerajaan sebelum ini dan mereka silap. Pada masa ini, simptom Covid-19 yang paling jelas sakit kerongkong.

“Simptom demam dan hilang bau sangat jarang berlaku sekarang dan kemungkinan ramai orang tua tidak menyangka mereka dijangkiti Covid-19. Mereka akan menganggap ia adalah selsema dan tidak membuat ujian pengesanan,” kata pengasas bersama aplikasi COVID ZOE, Prof Tim Spector.

 

Sumber: Kosmo!